Reflection Of Microteaching
>> Tuesday, June 23, 2009
NAMA : AZLAN BIN JEMIRI
ID : L20091002849
REFLEKSI : NO 2 (Microteaching)
Taman Bahtera: Pada 20/05/2009 lebih kurang pukul 10.00 malam selepas selesai bermain internet games, Mafia Wars, hatiku berasa semakin tenang. Segala tekanan yang dirasai sebelum itu semakin berkurangan. Apatah lagi baru sehari selepas aku menjalani microteaching yang menegangkan akal fikiranku. Dengan cara bermain game ini sahajalah aku dapat melupakan masalah aku ini, walaupun hanya untuk seketika. Bagi diriku, hati yang tenang membolehkan aku melakukan apa-apa perkara yang diingini dengan jayanya. Aku telah menjalani dua sesi microteaching sebelum ini iaitu pada 14 dan 18/05/09 yang lepas. Kedua-duanya adalah agak menecewakan bagi diriku. Aku malu kepada diriku sendiri. Kenapa orang lain boleh melakukannya dengan baik tetapi tidak bagi diriku ini??? Segala persediaan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan bukan itu saja malah yang lebih teruk lagi, aku tidak dapat menjawab apa yang dikehendaki dalam tugasan yang diberikan kepadaku. Maksudnya, lain yang dipinta lain pula yang aku lakukan. Geramnya hatiku. Ketenangan yang aku alami seketika tadi, tiba-tiba berubah dengan drastik…
Aku cuba untuk mendapatkan ketenangan semula supaya dapat menulis refleksi aku yang kedua ini. Refleksi yang aku kena tulis pada malam ini mestilah berkaitan dengan masalah yang aku telah hadapi sepanjang menyiapkan tugasan microteaching. Terdapat banyak masalah sebenarnya yang aku hadapi sepanjang pembikinan kerja tersebut, tetapi yang paling utama adalah masalah stress. Banyak benda yang aku kena fikirkan. Maka lahirlah banyak persoalan dalam diriku... “Mana ada masa nak habiskan semua … aku bukan robot !”. “Bila yang aku boleh rehat. Kerja, kerja, kerja … tak habis habis !”. Ditambah lagi dengan masalah percintaan, “Lain kali sajalah sayang … abang sibuk ni. O.K. ya, lain kalilah ya”. Ini termasuk juga persekitaranku, “Di rumah ke, di kuliah ke, malah di jalan raya ke, semua buat aku stress !”.
Aku dapati masalah ini berpunca dari sikap diriku ini yang suka membuat keja bertangguh. Aku kebiasanya akan melihat bilakah due date assignment kena dihantar terlebih dahulu sebelum membuatnya. Kalau tugasan itu perlu dihantar pada esok hari,.baru aku mula cuba siapkannya hari ini. Tapi apa yang menyedihkan rupa-rupanya terdapat juga tugasan lain yang kena dihantar pada keesokkan harinya. Jadi bertimbunlah kerja yang kena aku siapkan dengan segera. Adakalanya otakku menjadi semakin panas akibat stress ini dan kadang kala mynyebabkan hidungku berdarah. Tekanan yang aku rasai memang dahsyat sekali. Sikap ini adalah penyumbang paling utama kepada masalah stressku. Apabila aku terus bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri dan tugas-tugas yang diserahkan kepadaku maka segalanya pasti akan tertangguh.
Aku pun melayari internet. Aku cuba mencari artikel berkaitan dengan masalah stress.yang aku hadapi. Artikel-artikel tersebut aku baca dan akhirnya aku menjumpai penyataan ini. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa stress berlaku akibat ketidakcukupan masa dan ketidakupayaan seseorang menangani tekanan kerja serta mengimbangi keperluan keluarga adalah punca utama stress. Ia juga merupakan masalah runcing yang dihadapi oleh setiap lapisan masyarakat, terutama mereka yang bekerja di sektor kerajaan atau korporat.
Patutlah semakin hari, aku dapat rasakan masalah ini semakin dirasai, bukannya semakin berkurangan. Ia makin dirasai lagi ketika aku membuat latihan microteaching di dalam bilikku. Aku langsung tidak fokus ketika menjalani latihan tersebut. Mana tidaknya, otakku asyik memikirkan tugasan yang lain yang tidak kurang pentingnya yang kena disiapkan dengan kadar yang segera. Fikiranku menjadi bercelaru. Apa tidaknya, kerja semakin banyak, tanggungjawab semakin bertambah, tugas semakin mencabar, masalah ini kian meruncing. Aku dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas diriku ini. Tenaga, kesihatan dan kesempatan untuk berehat semakin terhakis, apatah lagi kerana jumlah masa yang tidak juga bertambah, dan tidak akan bertambah.
Apabila aku semakin dihimpit oleh krisis masa dan krisis kerja yang semakin ketara, maka kerja menjadi satu rutin yang membosankan serta meletihkan. “The joy of working” sudah tidak wujud lagi dalam kamus hidupku. Kerja kini berubah menjadi satu beban yang terpaksa ditanggung kerana “mahu hidup” ! Personalitiku menjadi semakin rapuh, cepat sensitif, mudah terasa dan sentiasa tertekan. Natijahnya, produktiviti dan kualiti kerja terpaksaku korbankan. Kesihatan juga semakin tergugat. Putaran ini seolah-oleh tiada kesudahan. Apakah ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan ? Apakah yang patut aku buat supaya masalah ini dapat diatasi? Persoalan ini pula yang bermain di benak fikiranku.
Dalam usaha untuk membanteras masalah ini, aku cuba mebuat pengagihan tugas.
Aku akan pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Kalau terlalu banyak, aku agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, aku dapatkan seseorang yang boleh membantu. Membuat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’ juga sebahagian daripada caraku menangani masalah stress ini. Apa yang pasti selepas ini aku akan menyiapkan tugasan yang senang terlebih dahulu sebelum menyiapkan tugasan yang lebih sukar. Just do it!. Ini adalah soal masa depanku.
Aku juga menggunakan pendekatan penggunaan diari untuk perkara-perkara yang penting. Selain menggunakan buku sebagai diari, aku juga menggunakan telefon bimbit Nokia N73 ku sebagai diari. Di situ aku muatkan segala aktiviti yang aku perlu lakukan. Ini salah satu cara supaya aku ingat akan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku untuk disiapkan. Aku juga telah membeli sebuah jam loceng sebagai langkah berjaga-jaga supaya aku tidak terlebih tidur..
Yang terakhir ialah aku akan mengganjari diriku sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugasan atau pekerjaan. Aku biasanya akan menghadiahkan diriku untuk makan apa sahaja yang aku terfikir nak makan pada hari tersebut, soal wang tak payah difikirkan..Ini bertujuan untuk meningkatan motivasi dalam diriku untuk menyiapkan tugasan secepat yang mungkin dan sehabis baik.
Justeru itu, dengan harapan yang menggunung, aku berharap dapat menguruskan masa dan menangani stress dengan berkesan bagi miningkatkan lagi kecekapan, keberkesanan dan keseronokan bekerja serta mengimbangi keperluan diriku dan keluargaku. Semoga apa yang aku rancangkan ini dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa. Amin

0 comments:
Post a Comment